Isnin, 17 Oktober 2011

meon- teka-teki lagi,



Hah! kali ini aku nak cerita sikit bagaimana aku dapat teka-teki nih. Begini ceritanya, orang rumah aku yang bagi. Dia nak aku masukkan teka-teki ni kat fanpage meon tapi dengan syarat ekjas sikit teka -teki ni.. Menurut cerita orang rumah aku, teke-teki nih datangnya daripada adik sepupu dia. Masa tu adik sepupu dia nih kecil lagi dan suka main teka-teki. Yang bestnya masa tu, adik sepupu orang rumah aku nih, kalu nak bagi teka teki mesti dia mulakan dengan ayat " Binatang apa.... " tak kira jawapan dia tu benda ker, manusia ker, buah ker, atau makhluk asing sekali pun pasti dia akan memulakan teka-tekinya dengan perkataan tersebut. kihkihkih.
sebagai contoh " binatang apa ada telinga sebelah sahaja?" .. jawab ! jawab! boleh kah korang menjawabnya? pecah kepala pikirkan..
padahal jawapan nya ialah cawan jer... hahahahah!

Hah! gitulah ceritanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan