Ahad, 15 Julai 2012

salam geng... kenalkan " Long Awra "
Thank you ALLAH!!



ini yang ku rasa


 salam geng... buat pengatahuan semua, aku lukis cerita nih masa aku tengah tunggu orang rumah aku kat sepital sebab beliau nak bersalinkan anak sulong kami...pergh... pengalaman terbaik....

hanya tiga page jer dapat aku siapkan sebab nak masuk page 4 orang sepital panggil aku sebab nak bawak orang rumah ke hospital kubang kerian kota baharu nun.... so maaf ya....

sekian... tq




Sabtu, 10 Mac 2012

sinopsis Meon 5.. ( Menentang Kambing United)



Debaran Liga Bola Sepak Kampung Pamah Kulat sudah sampai ke kemuncaknya!
Pasukan Kura-Kura FC yang dilabel sebagai pasukan belasahan menghadapi cabaran besar apabila perlu menghadapi pasukan naib juara tahun lepas, iaitu Kambing United.

Kambing United terkenal dengan corak permainan kasar ala ragbi kerana pasukan ini dilatih oleh bekas pemain ragbi peringkat daerah. Pasukan ini juga digeruni dengan teknik khas 'bola lambung' dan 'pelindung bayangan' yang sering mengelirukan pasukan lawan.
Apakah strategi Kura-Kura FC bagi menghadapi kehebatan menentang Kambing United? Mampukah mereka membuktikan sesuatu pada perlawanan pembukaan itu nanti? Dapatkan jawapan di dalam buku ini!

Rabu, 29 Februari 2012

Sabtu, 18 Februari 2012

CENG.. aku kartunkan kucingku ini...

Aku ada seekor kucing jantan. Namanya CENG.. Si Ceng selalu menemani aku bila aku buat kerja kat meja ini....


dia akan bertenggek kat situ atau berbaring kat atas meja ini...


jadi... tercetuslah idea yang secara luar kawal nak kartunkan kucing aku ini dalam bentuk watak superhero... sebab kucing aku ni aktif giler selepas makan... lompat sana ..lompat sini... panjat pagar besi dan yang paling aku unik kucing aku ni suka kejar lalat dan nyamuk...

sebab tulah aku nak jadikan dia superhero... mungkin tajuk "HEROCAT"... hmmm.. macam mana?

Selasa, 31 Januari 2012

Aku Ada Mini Bengkel Batik

Pada 1 Januari 2012 lalu, aku gembira setelah Mini bengkel batik berjaya diwujudkan di rumah . Lama gak nak boleh jadi bengkel mini ini. Idea nie masa aku belum kahwin dengan orang rumah aku lagi... kita orang sering gak berbincang masa bercinta dulu... tup..tup.. nak jadi rezeki, awal tahun 2012 ,, Bam!! Menjadi la pulak... Syukur Alhamdulillah...

( gambar dapur tempat masak lilin)




(aku tengah canting gambar bot nelayan )


(mini bengkel batik kat parking kereta rumahku)

aku harap dengan wujudnya Mini Bengkel Batik ini, dapatlah kiranya aku meluaskan lagi rezekiku dirantau orang malah ianya akan menjadi langkah pertamaku dalam dunia usahawan...
Amin....

Rabu, 25 Januari 2012

tribute artwork Kartini


tribute artwork untuk komik Kartini Kembali karya Tuan Tembakau yang akan diulang cetak