Rabu, 26 Mei 2010

Fan Art untuk Mr Bop...


Ultra Qalif di serang !

Sebagai orang baru dalam bidang pe"komiK"an ini, Mr Bop banyak membantu aku.. Jika beliau tak mahu bantu aku lepas nie , aku akan buat sebagai mana Meon dan rakan-rakannya terhadap Ulra Qalif.. Hua hahaha!

Hang Meon Vs Hang Malas


Musuh ketat aku ialah diri aku sendiri... kerana dalam diri aku ada sifat "Hang Malas".. Apabila Hang Malas menjelma pasti aku akan tercedera... walau bagaimanapun, aku akan terus bertarung dengannya... " Woi Hang Malas Keluarlah kalau berani !" , Kata aku kepada diriku sendiri.... apa pendapat anda?

Perghdotcom Character Redesign Battle



Freddy Krueger...

Selasa, 25 Mei 2010

Jumaat, 21 Mei 2010

ain.ya.nun.alif' site: MEON - Perang Terung Manggor #1

ain.ya.nun.alif' site: MEON - Perang Terung Manggor #1

wiramega 1 (koleksi artworkku)







suatu hari nanti aku ingin menghasilkan komik yang bercirikan superhero seperti berikut... istimewa buat pembaca yang sukakan komik aksi... insyaallah...

Isnin, 17 Mei 2010

jangan tiru aksi ini....

Sesi Bersama Pelukis Komik - M Di Angsana ,JB.

Terbitkan Catatan


Seronok dapat pergi ke Angsana Johor Baharu buat promosi. Satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan.. Pengujung kat sana mesra alam betul... Memang best!

Bengkel Melukis Kartun Teknik Jas..



selepas aku buat program kat Pusat Sumber Pamah Kulat, Raub Pahang , Darul Makmur hari tu, aku teringin nak buat "Bengkel Melukis Kartun Teknik Jas". Sasaran aku ialah belia dan beliawanis , pelajar dan kanak- kanak secara berkumpulan... hmmmm... aku rasa golongan cam nie lebih dekat dengan dunia kartun...... jadi design kat atas tu serba sedikit maklumat tentang kelas yang bakal aku adakan... hmmm apa pendapat anda?...

Ahad, 16 Mei 2010

meon t-shirt design



ini plak design t shirt yang bakal aku buat (dalam perancangan)... edisi khas Meon.. ada sesiapa berminat tak...hihihi

Khamis, 13 Mei 2010

artwork ku 2..



satu ari, aku pergi ke cc... nak scan artwork aku.. tengah dok tunggu brader tu scan artwork aku, tetiba ada orang tanya aku...

Soalan seperti berikut...

1. Wah, cantiknya... abang lukis ker?...
2. abang boleh lukis potrait tak? Karikator muka saya boleh lukis tak?
3. Abang nie kerja apa ek...
4. artis ilustrasi tu cam mana?
5. Design baju leh buat tak?
6. Dulu abang belajar kat mana melukis nie?

dan banyak lagi lah soalannya.... namun untuk menjaga hati yang bertanya , aku menjawab nyer dengan jujur dan ikhlas agar dia puas hati... dan di situ lah aku terpikir untuk buat business card ku sendiri... Bukan untuk menunjuk- nunjuk tapi untuk rezeki aku pada masa akan datang supaya aku boleh lebarkan sayap perjuangan ku... .. tak gitu saudara?.. maka artwork di atas tu merupakan business card aku ( muka depan) dan artworkdi bawah nie pula design business card (mukabelakang)... jadi sebarang pertanyaan leh la kol aku kalu sudi.. kol terus tau, jangan plak misskal2 sori.. aku tak layan.... k...


artwork ku... 1



Karektor Meon sedang berlatih main bola sepak dengan menggunakan buah kelapa tua... Insyaallah korang dapat tengok aksi-aksi cam nie kat komik Meon "perang bola sepak"...




ini, pula ...senapang kayu yang digunakan oleh Meon, Kuzi dan Din ... Gambar ni dah disiarkan diruangan Meon Ekstra bahagian belakang Komik Meon , Perang Terung Manggor...