








mempertingkatkan imaginasi dan fantasi kadang-kadang lebih berupaya daripada aktiviti luaran yang tentunya meletihkan kalaupun ia boleh mendegupkan jantung dan perasaan. -Dr. Tuah. (pakar motivasi)
Assalammualaikum semua …
Hari ini aku nak mengajak korang korang mengenali dengan lebih dekat dengan sebuah komik tempatan yang maha hebat ini… Komik yang aku maksudkan ialah komik…
MEON- Perang Terung Manggor…
Hahahaha!! Komik aku sendirilah.. hihihihi (sambil kembang hidung)…
Terlebih dahulu aku nak mengucapkan jutaan terima kasih kat korang yang telah memiliki Komik bersiri aku tersebut dan kepada korang yangmasih belum memilikinya juga aku nak ucapkan terima kasih sebab korang sudi menyokong aku supaya terus berkarya dan kalau ada masa dan duit lebih … gi lah beli ya!! Aku amat menghargainya… cayalah Bro!!
Malas aku nak buang masa korang maka jom baca ini….
Komik 1- MEON- Perang Terung Manggor…
Ini merupakan kisah pertama Meon dan kawan-kawannya iaitu Din dan Kuzi. Dalam siri Komik Meon yang pertama ini, Meon, Kuzi dan Din ingin bermain Perang Terung Manggor namun mereka kekurangan alatan terutamanya papan untuk dibuat senapang kayu. Aku rasa ada antara korang pernah main senapang kayu tersebut masa korang di zaman kanak-kanak dahulu kan kan kan.Kepada mereka yang tak pernah main permainan ini, elok sangatlah beli komik ini sebab kat dalamnya ada cara-cara nak main senapang kayu dan ada aku ceritakan tentang sejenis buah yang digunakan sebagai peluru untuk permainan ini..
Berbalik kita ke kisah komik ini, Meon , Kuzi dan Din terpaksa melalui pelbagai halangan yang tidak mereka duga. Antaranya ketika mereka berusaha mendapatkan sekeping papan dari reban ayam milik Pak Abu secara tiba-tiba reban ayam tersebut roboh! Masak Meon , Kuzi dan Din kena motivasi… begitulah lebih kurang ceritanya…
Selain itu,aku juga telah menyelitkan kisah Meon , Kuzi dan Din juga menjalankan satu misi membalas dendam kerana Ani dan Alin telah diganggu dua orang budak nakal . Ya! Nama budak nakal tersebut ialah Kantan dan Denan. Nak tahu apa misi yang Meon , Kuzi dan Din lakukan… Mereka bertiga telah menyerang Kantan dan Denan menggunakan senapang kayu tersebut… apalagi masaklah si kantan dan Si Denan kena bedilan peluru tersebut.. tapi berjayakah misi tersebut?! Berjayakah! Pergh!! Memang sengaja aku akhiri kisah tersebut begitu kerana kemungkinan ada sambungannya di masa akan datang ..insyaallah…
berikut merupakan maklum balas terhardap komik sulungku ini...
gambar ini ehsan daripada Tuan Rohidzir Rais di Facebook bertarikh February 16, 2010.
Meon 5 (proposal)
Cadangan tajuk : Perang Bola Liga Kampung Bermula!
Sinopsis cerita :
Kali ini Komik Meon 5 tampil dengan lebih aksi di mana Meon, Kuzi dan Din mewakili pasukan mereka iaitu Pasukan Kura-Kura FC telah diundi untuk bermain di perlawanan pembukaan. Pasukan Kura-Kura FC akan menentang pasukan Kambing United dalam perlawanan tersebut.
Pasukan Kambing United merupakan sebuah pasukan bola sepak yang sangat berpengalaman dan pernah menjadi Naib Juara Liga bola kampung tersebut sudah tentu banyak cabaran perlu di atasi oleh Meon dan rakan-rakannya untuk menyaingi lawan mereka. Lebih-lebih lagi mereka bermain di perlaawan pembukaan tentu sahaja mereka akan menerima tekanan dalam perlawanan tersebut.
Berjayakah Pasukan Kura- Kura FC menentang lawannya iaitu Pasukan kambing United ?
Pengenalan Watak Baru
Mat Junid Jeli (Jurulatih Kambing United)
merupakan bekas pemain ragbi daerah dan telah menjadi jurulatih Pasukan kambing United. Beliau telah melatih pasukan tersebut secara lasak sebagaimana bermain ragbi.
Pasukan Kambing United
Pasukan ini bekas Naib Juara Liga Bola Kampung pada tahun sebelumnya. Memiliki dua pemain pertahanan yang kebal dan lasak.
Pasukan ini sangat terkenal dengan teknik tandukkan. Mereka juga menggayakan fesyen rambut bertanduk sebagai identity pasukan seperti mana tanduk kambing jantan .
Maka haiwan temanya iaitu Kambing Jantan telah menjadi mascot kepada pasukan mereka.