Jumaat, 4 November 2011


fan art meon daripada kawan kita... namanya Muhd Irfan Zalaruddin .. kita nak ucap terima kasih sebab sudi lukis untuk kita... hidup muhd irfan!!

fanart meon ini hasil kiriman daripada kawan kita. namnya ialah Mar Ziq dari puncak alam ... mar ziq lukis kulit komik meon no 3 "perang bola kampung kembali" sebijik sama... .. cantikkk!!! terima kasih!!
sesiapa yang sudi nak lukis fanart kat MEON silalah ! Aku tunggu- tunggu sesangat dan sangat-sangat berbesar hati... Pada aku ini adalah tanda sokongan yang aku harapkan... Agar aku terus bersemangat di Dunia Komik ini... so terima kasih... teruskan sokongan anda!!!!

oh ya : kalau korang dah lukis... sila email kat aku_tingtong@yahoo.com atau upload jer kat Fanpage Meon atau aku puya facebook " Jas an". okeh....

Isnin, 31 Oktober 2011

Meon - novel grafik



gambor kat atas ni aku lukis untuk persiapan proposal tapi banyok lagi kerja kene buat... bukan sekadar gambor jer kene menarik, jlan cite pon kene kuat... baru leh lepas kita punya proposal tukan kan... jadi persiapan teliti perlu... persiaan diri pun perlu.... macam nak ambik periksa SPM jugalah... jadi kepada para pelajar yang ingin menduduki peperiksaan SPM ... selamat menjawab soalan dengan cermat dan selamat. baru hidup berkat!!!

Ahad, 23 Oktober 2011

Meon. Novel Grafik?! Bior betul!!

jangan tergezuz ya jika ini jadi kenyataan.... cuba korang baca... sejauh mana agaknya jika aku jadi seorang penulis... kikiki...




page 1



page 2


heh apa pendapat korang?! like ker tak like?

jom ulangkaji sikit!

Assalammualaikum semua …

Hari ini aku nak mengajak korang korang mengenali dengan lebih dekat dengan sebuah komik tempatan yang maha hebat ini… Komik yang aku maksudkan ialah komik…

MEON- Perang Terung Manggor…

Hahahaha!! Komik aku sendirilah.. hihihihi (sambil kembang hidung)…

Terlebih dahulu aku nak mengucapkan jutaan terima kasih kat korang yang telah memiliki Komik bersiri aku tersebut dan kepada korang yangmasih belum memilikinya juga aku nak ucapkan terima kasih sebab korang sudi menyokong aku supaya terus berkarya dan kalau ada masa dan duit lebih … gi lah beli ya!! Aku amat menghargainya… cayalah Bro!!

Malas aku nak buang masa korang maka jom baca ini….

Komik 1- MEON- Perang Terung Manggor…

Ini merupakan kisah pertama Meon dan kawan-kawannya iaitu Din dan Kuzi. Dalam siri Komik Meon yang pertama ini, Meon, Kuzi dan Din ingin bermain Perang Terung Manggor namun mereka kekurangan alatan terutamanya papan untuk dibuat senapang kayu. Aku rasa ada antara korang pernah main senapang kayu tersebut masa korang di zaman kanak-kanak dahulu kan kan kan.Kepada mereka yang tak pernah main permainan ini, elok sangatlah beli komik ini sebab kat dalamnya ada cara-cara nak main senapang kayu dan ada aku ceritakan tentang sejenis buah yang digunakan sebagai peluru untuk permainan ini..

Berbalik kita ke kisah komik ini, Meon , Kuzi dan Din terpaksa melalui pelbagai halangan yang tidak mereka duga. Antaranya ketika mereka berusaha mendapatkan sekeping papan dari reban ayam milik Pak Abu secara tiba-tiba reban ayam tersebut roboh! Masak Meon , Kuzi dan Din kena motivasi… begitulah lebih kurang ceritanya…

Selain itu,aku juga telah menyelitkan kisah Meon , Kuzi dan Din juga menjalankan satu misi membalas dendam kerana Ani dan Alin telah diganggu dua orang budak nakal . Ya! Nama budak nakal tersebut ialah Kantan dan Denan. Nak tahu apa misi yang Meon , Kuzi dan Din lakukan… Mereka bertiga telah menyerang Kantan dan Denan menggunakan senapang kayu tersebut… apalagi masaklah si kantan dan Si Denan kena bedilan peluru tersebut.. tapi berjayakah misi tersebut?! Berjayakah! Pergh!! Memang sengaja aku akhiri kisah tersebut begitu kerana kemungkinan ada sambungannya di masa akan datang ..insyaallah…

berikut merupakan maklum balas terhardap komik sulungku ini...

gambar ini ehsan daripada Tuan Rohidzir Rais di Facebook bertarikh February 16, 2010.

Rohidzir Rais

Komik MEON mebantu anak saya membaca lebih lancar...
    • Rohidzir Rais Ketika mula membaca komik ini, Wahbah masih terpaksa mengeja satu persatu perkataan. Selepas separuh komik ini diibacam dis sudah lancar membaca... alhamdulillah
      February 16, 2010 at 8:23pm ·
oleh itu aku pun mendapat satu idea untuk kartun semuka seperti kat bawah nie...


sekian itu jer! i love u all .. bye bye, see u all!!

Isnin, 17 Oktober 2011

meon- teka-teki lagi,



Hah! kali ini aku nak cerita sikit bagaimana aku dapat teka-teki nih. Begini ceritanya, orang rumah aku yang bagi. Dia nak aku masukkan teka-teki ni kat fanpage meon tapi dengan syarat ekjas sikit teka -teki ni.. Menurut cerita orang rumah aku, teke-teki nih datangnya daripada adik sepupu dia. Masa tu adik sepupu dia nih kecil lagi dan suka main teka-teki. Yang bestnya masa tu, adik sepupu orang rumah aku nih, kalu nak bagi teka teki mesti dia mulakan dengan ayat " Binatang apa.... " tak kira jawapan dia tu benda ker, manusia ker, buah ker, atau makhluk asing sekali pun pasti dia akan memulakan teka-tekinya dengan perkataan tersebut. kihkihkih.
sebagai contoh " binatang apa ada telinga sebelah sahaja?" .. jawab ! jawab! boleh kah korang menjawabnya? pecah kepala pikirkan..
padahal jawapan nya ialah cawan jer... hahahahah!

Hah! gitulah ceritanya...

Ahad, 16 Oktober 2011

meon dan pokok pisang!!



untuk edisi perah IQ tahap 4, aku telah lukis gambar Meon, Kuzi dan Din serta Pokok Pisang. Bukan apa sebab tah macam mana aku dok teringat kat sorang brader kat kg aku tu dulu pernah bagi aku satu teka teki berkaitan dengan pokok pisang. Puas aku perah kepala pikir kan jawapannya. memang susah masa tu nak dapatkan jawapan. Dah la tu dia suruh aku carik sendiri jawapannya, maka aku pon hadaplah pokok pisang kat belakang umah aku... aku pon tenung ... punya tenung , akhirnya berjaya juga ...yes! tu pasallah aku nak kongsikan teka-teki ni kat korang... nak tahu apa jawapannya, sila " like meon" ya! tapi malangnya, hari ini, brader tu dah arwah, innalillah... semoga rohnya berada dikalangan orang2 yang beriman... amin....

ok dah....

Rabu, 12 Oktober 2011

design Mural.



kali ini aku nak kongsi sikit idea ngan korang . Sebenarnya aku tengah mereka design mural yang bersesuaian di lukis kat perputakaan. Maksud aku dibahagian Ruang kanak-kanak.
Aku lihat kebanyakkan perpustakaan yang pernah aku kunjung pasti ruang tersebut di hiasi dengan kartun2 yang biasa kita tengok kat tv sbagi contoh donald duck, mickey mouse dan tom and jerry dan seangkatan dengannya.. mengapa asyik gamboo macam tu jer... gambor lain tak boleh ker?
jadi apa pandangan korang? dan apa pendapat korang dengan design yang aku buat nih... boleh ker design ini di jadikan mural kat Ruang kanak-kanak.



Selain daripada itu , aku rasa boleh gak kalau design mural ini di lukis kat sekolah tadika ker , kat taska ker... kan kan... boleh kasi budak2 kenal nombor dan kenal huruf... betul tak?

ok lah.... kita story mory lain kali plak sebab aku dah lama guna komputer awam ni... bagi can kat orang lain guna plak... k...

yang benar,
jas
dari perpustakaan awam.