Rabu, 12 Oktober 2011

edisi Perah IQ tahap 3.. (teka teki)



padan muka korang ... aku yakin takda siapa pun boleh menjawabnya melainkan dengan izin Allah.. Kali ini teka teki berkaitan dengan WAU... cubalah korang jawab. Aku dah upload dalam fan page Meon kat facebook..

tapi walau bagai mana pun aku ingat nak bagi korang KLU sikit.. baca dan fahamkan elok2 ya! begini......

" WAU ini pernah di felemkan dalam cerita melayu klasik".. oklah kot Klu yang aku bagi kat korang nie... harap korang gunakannya sebaik mungkin ya!... selamat mencuba...

Mengapa aku lukis gambor cam nih ?!
Masa aku lukis gambar ini angin tengah bertiup kencang dan hujan jatuh membasahi bumi... maksud aku ributlah.. kuat anginnya... tup tup, dapat idea "kalau main layang best gak nih", bentak aku seorang diri... so nak main, layang-layang pulak tak der, jd aku pun wakilkan kat Meon, Kuzi dan Din jer mainkan layang-layang untuk aku... hah !! itu yang jadi gambar cam kat atas tu...

ok dah!

boleh lah daripada tak der .... kan kan kan...

Ahad, 9 Oktober 2011

Pasukan Bola Sepak Kambing United

Meon 5 (proposal)

Cadangan tajuk : Perang Bola Liga Kampung Bermula!

Sinopsis cerita :

Kali ini Komik Meon 5 tampil dengan lebih aksi di mana Meon, Kuzi dan Din mewakili pasukan mereka iaitu Pasukan Kura-Kura FC telah diundi untuk bermain di perlawanan pembukaan. Pasukan Kura-Kura FC akan menentang pasukan Kambing United dalam perlawanan tersebut.

Pasukan Kambing United merupakan sebuah pasukan bola sepak yang sangat berpengalaman dan pernah menjadi Naib Juara Liga bola kampung tersebut sudah tentu banyak cabaran perlu di atasi oleh Meon dan rakan-rakannya untuk menyaingi lawan mereka. Lebih-lebih lagi mereka bermain di perlaawan pembukaan tentu sahaja mereka akan menerima tekanan dalam perlawanan tersebut.

Berjayakah Pasukan Kura- Kura FC menentang lawannya iaitu Pasukan kambing United ?



Pengenalan Watak Baru

Mat Junid Jeli (Jurulatih Kambing United)

merupakan bekas pemain ragbi daerah dan telah menjadi jurulatih Pasukan kambing United. Beliau telah melatih pasukan tersebut secara lasak sebagaimana bermain ragbi.




Pasukan Kambing United

Pasukan ini bekas Naib Juara Liga Bola Kampung pada tahun sebelumnya. Memiliki dua pemain pertahanan yang kebal dan lasak.

Pasukan ini sangat terkenal dengan teknik tandukkan. Mereka juga menggayakan fesyen rambut bertanduk sebagai identity pasukan seperti mana tanduk kambing jantan .

Maka haiwan temanya iaitu Kambing Jantan telah menjadi mascot kepada pasukan mereka.



walau bagaimana pon, komik Meon masih dalam proses perbincangan dengan pihak penerbit... insyaallah tak lama lagi adalah hasilnya tu....





apa itu "keh nok keh sebek " ?



Keh nok keh sebek ! bunyi macam carlsberg .. ala jenama air arak atau lebih dikenali sebagai kencing syaiton durjana tu lah...

apa kaitan dengan gambar di atas...
begini ceritanya, Sebenarnya itu adalah antara perkataan2 yang melucukan dan boleh menggeletik hati dikalangan orang kampungku ketika menggunakan bahasa kebangsaan Ulu Dong, raub Pahang Darul Makmur . Kalau tersilap cakap pasti lain bunyinya.... sebagai mana contoh gambar di ataslah... yang pasti orang kampung aku jer yang faham keadaan tersebut...
hidup Pamah Kulat !!! Hidup Ulu Dong!!!

gambar ini khas buat fan page Homih Menghomih kat FBook..

edisi perah IQ tahap 2 pulak



hah... gambar Meon, Kuzi dan Din yang seolah tengak melepak kat atas batu ini pula aku lukis semata-mata untuk menyambung acara "perah IQ" kat fan page Meon.. "korang dah like blom?!"
Kali ini aku serapkan elemen teka-teki... teka-teki ini pernah aku dengar masa sekolah dulu.. tak tahulah aku sekolah menengah ker atau sekolah rendah... konon macam imbas kembalilah.... kan... oklah itu jer aku nak cerita.... salam...

gambar asal... Meon, Kuzi dan Din...



mula-mulanya aku nak lukis gambar Meon sedang happy2 tapi tah macam mana mood happy2 tak kunjung tiba maka aku lukis gambar meon ngan kawan 2 dia relek2 jer..tenang dan damai... inilah hasilnya...

pastu... fikir pulak fasal dialog dia.... pon tak kunjung tiba gak... yang kunjung tiba ialah ikan...ikan... ikan.... hmm... apa lagi aku pon selit lah 21 ekor ikan kat dalam gamboor ini....pastu upload kat facebook... suruh geng carik jumlah ke semua ikan itu... hahaha... uji IQ konon...

jawapan edisi perah IQ tahap 1.. ( cari jumlah ikan)