Ultra Qalif di serang !
Sebagai orang baru dalam bidang pe"komiK"an ini, Mr Bop banyak membantu aku.. Jika beliau tak mahu bantu aku lepas nie , aku akan buat sebagai mana Meon dan rakan-rakannya terhadap Ulra Qalif.. Hua hahaha!
Musuh ketat aku ialah diri aku sendiri... kerana dalam diri aku ada sifat "Hang Malas".. Apabila Hang Malas menjelma pasti aku akan tercedera... walau bagaimanapun, aku akan terus bertarung dengannya... " Woi Hang Malas Keluarlah kalau berani !" , Kata aku kepada diriku sendiri.... apa pendapat anda?
Freddy Krueger...
Seronok dapat pergi ke Angsana Johor Baharu buat promosi. Satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan.. Pengujung kat sana mesra alam betul... Memang best!
selepas aku buat program kat Pusat Sumber Pamah Kulat, Raub Pahang , Darul Makmur hari tu, aku teringin nak buat "Bengkel Melukis Kartun Teknik Jas". Sasaran aku ialah belia dan beliawanis , pelajar dan kanak- kanak secara berkumpulan... hmmmm... aku rasa golongan cam nie lebih dekat dengan dunia kartun...... jadi design kat atas tu serba sedikit maklumat tentang kelas yang bakal aku adakan... hmmm apa pendapat anda?...
ini plak design t shirt yang bakal aku buat (dalam perancangan)... edisi khas Meon.. ada sesiapa berminat tak...hihihi