Selasa, 16 Ogos 2011

jom lukis kartun cara Jas

Assalammualaikum geng yang bijaksana dan berketerampilan...
Terlebih dahulu aku mohon izin daripada kalian semua untuk berkongsi sedikit ilmu.

Begini ceritanya,

Pada suatu malam time aku rehat-rehat kat kerusi empuk selepas tarawih, tiba-tiba tangan ini gatal nak melukis tapi tak tahu nak lukis apa. Aku pun tanya orang rumah aku. Orang rumah aku dengan spontan bagi aku satu tema " Meon Di Bazar Ramadan".

PAP !!
Terus aku dapat idea lalu aku capai pensil dan kertas serta alatan yang seangkatan dengannya mulalah melakar beberapa idea seperti di bawah ini...


lihat , bukan satu tapi tiga lakaran idea atau lebih manis dengan gelaran "thumbnails" telah aku buat. Namun aku kena pilih yang terbaik dikalangan yang terbaik. Maka aku sebagai hakim untuk kes ini telah memilih sketch petak pertama setelah meneliti komposisi, subjek untuk dilukis, kesan lukisan dan sebagainya..

Tanpa membuang masa sambil menunggu orang rumah aku bancuh teh o suam-suam kuku, aku pun memulakan langkah ke 2 iaitu mendetailkan sketch watak utama di atas kertas dengan menggunakan pensil percuma yang orang rumah aku ambil daripada sebuah hotel terkenal dipantai timur.. Sila perhatikan gambar kat bawah ya!...


Kelihatan Meon, Kuzi dan Din sedang membawa sesuatu ditangan mereka. Ya! Bungkusan.. pandai pun... Apa yang ada dalam bungkusan tersebut kita abaikan dahulu sebab yang penting sekarang ialah memastikan kedudukkan watak utama sesuai dan ia masih mengikut piawaian yang ditetapkan berdasarkan Thumbnails yang menjadi pilihan tadi...

Alhamdulillah, sekali lagi aku sebagai hakim bersetuju untuk teruskan sketch watak-watak sampingan yang mengisi ruang paling hadapan bagi menimbulkan sedikit suasana jual beli di Bazar Ramadan... Jom! Tengok gambar kat bawah ini pula,

Hmm... Pandai orang rumah aku buat Teh O suam. Cukup rasa dan ada OooOMMH!! Cerah biji mata lalu secara tindakan luarkawal aku teruskan dengan langkah seterusnya iaitu membuat sketch bahagian latar belakang atau lebih sinonim dengan panggilan manjanya "Background". Sila lihat gambar kat bawah. Namun aku ada buat sedikit penambahan sketch untuk bahagian hadapan kerana watak utama sedikit tergantung. Kalian perasan tak?! Ya! Gambar seorang lelaki dan seorang budak lelaki barangkali adik dia kot sedang melintasi aktiviti jual beli tersebut. Sila rujuk gambar dibawah juga..

Wah! Nampaknya keseluruhan sketch pada gambar di atas sudah siap sedia untuk diinkkan setelah aku memastikan ianya mengikut perancangan yang aku impikan berdasarkan tema yang diamanahkan oleh orang rumah aku tadi.

Apa lagi aku pun capai sebatang pen besaiz 0.1 dan minum seteguk dua air teh o , tarik nafas panjang dan hembus agar aku dapat mood untuk memulakan langkah seterusnya. Aku mulakan dengan me'ink pada bahagian-bahagian tertentu terlebih dahulu terutama dibahagian muka.. pehatikan tanpa kerlipan mata kalian pada gambar dibawah ini....

Seterusnya, aku ink pula outline pada watak-watak yang berada di bahagian hadapan dengan menggunakan pen yang bersaiz lebih daripada pen bersaiz 0.1 tadi. Perhatikan gambar kat bawah itu....







2 ulasan:

  1. terima kasih incik jas an atas perkongsian ilmu ini. justeru itu akan hambe praktikkan jika ade mase terluang seperti semase menunggu pc restart contohnya...

    BalasPadam
  2. cayalah Jas...

    bestnya ada orang rumah... dapat bantu cari idea... heheee

    BalasPadam