Khamis, 28 Januari 2010

menjejak harta karun



Tengahari tadi aku pergi jalan-jalan kat pasaraya yang kira top jugak la kat negara kita ni. Tujuan aku ke sana nak tinjau-tinjau satu kedai buku ni, mana lah tau kot-kot "KOMIK MEON" dah ada kat kedai buku tu... Aku parking motorsikal ku, log dengan rantai sebesor ibu jari kaki kat tayar lalu kuhidupkan lighter berjenama Yeepi! untuk menghisap rokok sepam dua ... berdebar-debar pulak hati aku ni macam tengah tunggu giliran untuk bersama tok mudim jer... maklum lah komik solo pertama ku..... hihihihi.

Ingat nak isap rokok sepam dua jer tapi habis sebatang aku sedut...lepas tu aku pon angkat punggung terus blah ke kedai buku tersebut.... aku berjalan dengan penuh semangat... kiri kanan kiri kanan kaki ku melangkah dengan teratur...tapi dalam hati sekejap dup dup dup sekejap dip dip dip tak teratur langsung... sabor sabor....

sampai kat pintu kedai tu .... tak sangka aku di sambut pulak dengan senyuman.... bukan senyuman aweks tapi senyuman pak cik bangla yang sedang bertugas sebagai jaga kat situ... aku balas senyuman itu tanda ambik hati....

mak ai! Ramainya umat manusia kat dalam kedai ni... dan banyak betul rak2 buku... apalagi aku pon teruslah melangkah mencari komik buatan ku.... cari punya cari... hampir setengah jam aku cari namun tak jumpa-jumpa.... jadi aku pon buat keputusan sendiri bahawa komik ku tak sampai lagi kat kedai ni.... lalu aku keluar dengan kekecewaan...

aku cari port untuk tenangkan perasaan... sepam dua rokok dijari aku bedal... tetiba jer tergerak hati nak kol bos aku... incik wanzu. aku ambil hp aku lalu aku dail.....


bersambung.....

Isnin, 18 Januari 2010

info meon

Ahad, 17 Januari 2010

ada cerita di sebalik ilustrasi kulit komik meon 1#


ahah! beginilah rupanya ilustrasi kulit komik meon 1# , perang terung manggor.... cantik tak?!

di kesempatan ini aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat encik Mf Ajif ( aku tak jumpa lagi dia nie) di atas hasil kerjanya mewarnai kulit komik meon 1# ini... sungguh kagum!! memang menyegarkan dan origanal resepi... terima kasih sekali lagi...

oklah... konsep kulit komik nie telah di ilhamkan oleh editor kanan komik m dan dari beliaulah aku mendapat idea untuk mengilustrasikan wajah komik meon yang terpamer di atas itu.... aku telah menggabungkan kisah meon dan kawan-kawannya dengan serba sedikit ciri2 yang terdapat kat kampung kelahiran ku iaitu Kg Pamah Kulat, Raub, Pahang... korang perasan tak ada dua biji kulat pada kulik komik ini...jadi ,baru la nampak kesinambungan kisah meon 1# yang berlatarbelakangkan pokok getah. Penduduk kg aku nie rata-rata bekerja sebagai petani... penoreh getah atau pon bekebun pisang... mungkin lepas nie aku akan jadikan pokok pisang pula sebagai latarbelakang ilustrasi komik meon seterusnya insyaallah.... rasanya itulah serba sedikit cerita disebalik ilustrasi kulit komik meon 1#...

moh! beli kat www.bookcafe.com.my

komik meon 1... kini di pasaran...



tak sangka cepat betul masa berlalu dan cepat sungguh geng komik m ni bekerja... tup tup dah ada kat pasaran seluruh malaysia... hebat hebat! kalau macam nie .... makin semangat la aku untuk terus berjuang....bukan berjuang dengan senapang kayu.... tapi berjuang dalam industri seni tanah airku... meh!! baca komik meon 1....

Jumaat, 15 Januari 2010

kenapa aku tak boleh tidur?


ini gambar bantalku ...simbolik kepada isu tersebut,,,












sila pilih jawapan di bawah ini...

a. adakah kerana komik meon 1 sudah siap dicetak
b. adakah disebab aku berangan diatas motosikalku ketika hendak
ambil naskah komik meon hinggakan aku tersalah masuk simpang..
c. adakah sebab gerhana matahari maka aku pon turut gerhana.

d. mungkinkah aku teruja dengan hasil komik meon..

e. atau aku tak percaya dengan apa yang aku buat...

f.adakah aku fikir pasal sambungan komik meon ....

g. tiada jawapan di atas.

h. jawapan di atas semuanya benar -benar belaka..


mungkin juga malam tadi aku baring di atas komik-komikku...bestnya....... hihihihi


Rabu, 6 Januari 2010

meh! baca sinopsis cerita ini...

ca

sinopsis komik MEON 1.

Meon dan rakan-rakan selalu membuat aktiviti kampung bersama-sama. Suatu hari, mereka bersepakat mahu bermain perang-perang menggunakan senapang kayu. Peluru senapang kayu itu adalah biji terung manggor. Pelbagai peristiwa menarik berlaku sepanjang aktiviti itu.

antologi kau aku & komik 1 dan 2


Sinopsis:
Sebagai peminat komik, tentu terlalu banyak kenangan manis, pahit, masam, masin dan bermacam jenis rasa yang anda lalui sepanjang anda ‘bersama’ komik-komik kegemaran. Tanpa mengira siapa diri anda sekarang ini, sama ada anda pelukis, pembaca, pembeli, penjual, pengumpul, peminjam ataupun penganalisis komik, kenangan-kenangan semenjak kecil sehingga ke saat ini bersama komik sudah tentu masih kukuh terpahat di sanubari.

Lebih-lebih lagi memori sewaktu berada di alam persekolahan bersama-sama para rakan, guru dan masyarakat sekolah lainnya pasti lebih melekat di hati. Mungkin apa yang anda lalui, pernah dilalui juga oleh penggemar komik yang lain.

Justeru, komik ini didedikasikan buat anda semua.

komik m

Selasa, 5 Januari 2010

layan info meon jap..


Info.. meon

Pokok terung Manggor a.k.a terung berembang a.k.a terung pipit a.k.a terung kemor a.k.a terung belanda dan sebagainya.. Ada di sesetengah tempat, benda alah ni dikenali sebagai terung pipit. Ada juga yang panggil terung kemor. Tapi kalau kat kampung aku, ia dikenali sebagai terung Manggor. Dari mana asal mula nama terung Manggor, tidaklah aku ketahui. Bahkan aku cukup yakin, mungkin nama benda alah ni disebabkan buahnya bergugus macam buah anggor . Masa aku kecik- kecik dulu, pokok terung manggor ni banyak kat celah-celah semak di kebun orang tua aku, yang hairannya, kenapa orang tua aku tak lambas jer pokok-pokok terung manggor ni , menyemak jer…rupa- rupanya boleh makan la… korang nak tau resepi apa paling best gunakan buah terung manggor ni, “udang masak lemak dicampur dengan tempoyak dan sambal tumis ” , peh! Melentok beb. Tapi orang tua aku makan mentah –mentah jer… wat ulam! pokok terung manggor yang buahnya bulat-bulat ni boleh tumbuh walaupun tak ditanam.warna nya hijau- hijau macam buah anggor hijau. Daunnya pulak lebar-lebar sebesar telapak tangan. dan yang penting, Batang dia ada duri halus… bahaya oo!!...

ku harap ku tak lupa...


Akhirnya, kisah komik bersiri “ MEON” akan bermula…



Secara peribadinya, aku amat terkejut dengan hasil komik “ MEON 1” kerana bagiku sebelum ini adalah mustahil untuk aku terbitkan komik seumpama ini. Sejak dibangku sekolah lagi aku memang teringin nak terbitkan komik sendiri dan pada hari ini angan-anganku jadi kenyataan . Terima kasih infiniti buat PTS Millennia Sdn Bhd dan kaum kerabatnya.

Terbitnya komik “MEON 1” umpama terbitnya mentari yang menyinari hidupku agar menjadi garis panduaan untuk aku memperluaskan lagi kemahiran dalam bidang melukis di masa akan datang.

Walau bagaimanapun, sewaktu aku membuat komik ini, terdapat banyak sokongan yang diberi oleh pihak-pihak yang wajar aku berterima kasih di sini, antaranya :

Keluargaku yang tercinta – anda semua jadi inspirasiku

Keluarga abah angkatku , Abah Atan (Pak Abu) – Jasamu tetap dikenang.

Sahabat sepermainanku dan sahabat sepejabat denganku dulu – anda semua tetap hidup dalam hidupku.

Sambal Tumis terung manggor buatan adikku – rasanya mengingatkan aku ke zaman kanak-kanak ku.

Dan tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahu pun secara kebetulan..

“MEON 1” jadi bukti bukti perjuanganku yang masih berliku untuk aku buru cinta yang terlalu jitu terhadap industri komik ini. Harapanku agar karyaku ini dapat diterima oleh semua pembaca. Insyaallah. Aku akhiri ucapan ini dengan…

Ribuan terima kasih sekali lagi…

bikin buku baru

selamat tinggal 2009, aku akan merinduimu dan selamat datang 2010, aku akan sahut cabaran mu.. insyaallah...