Selasa, 7 September 2010

ADAJIWA Episod 1 (Bhgn 3)

Apakah perasaan korang apabila ada awek cun marah kat korang ?
Marah balik... Biarkan atau ?!!
Jadi,
Apakah perasaan ADA apabila dia dimarahi oleh
seorang awek cun yang bernama JIWA...
Ikuti kisah ini...


page 11


page 12


page 13


page 14


page 15

bersambung lagi...

Ahad, 29 Ogos 2010

"ADAJIWA" Episod 1 (Bhg 2)

apakah yang akan berlaku setelah ADA mengaku dirinya
adalah superhero BATMAN... Ayuh ikuti cerita ini....


page 6


page 7


page 8


page 9


page 10

bersambung...

Sabtu, 28 Ogos 2010

Isnin, 23 Ogos 2010

koleksi "Sdn Bhd" aku..." ADAJIWA" episod 1(bhg 1)

Assallammualaikum dan salam bahagia untuk anda...

Kali nie aku nak cerita sikit tentang sebuah kisah kehidupan yang dilalui oleh seorang jejaka yang bernama "ADA" . ADA nie merupakan seorang jejaka yang agak pelik dan kuat berangan. Bak kata lainnya, ADA mempunyai dua dunia yang berbeza. Satu dunia realitinya dan satu lagi dunia angan-angannya... Ini menyebabkan dia memiliki hobi agak pelik iaitu suka merayau-rayau mengikut rentak naluri hatinya... Seperti manusia hilang pedoman hidup ( kosong) .... Namun di sebalik kehidupan jejaka yang bernama ADA ini, dia seorang yang tidak menghampakan !

Siapakah ADA sebenarnya ?!

Jawapannya ada dalam kisah "ADAJIWA" ini ...


page 1


page 2


page 3


page 4


page 5

bersambung...

Khamis, 22 Julai 2010

Isnin, 19 Julai 2010

wira vs raksasa sotong.



artwork aku dalam perancangan seterusnya....

Ahad, 20 Jun 2010

Meon 2 (sinopsis)



Jika dahulu MEON 1 :Perang Terong Manggor ... dan kini MEON 2 : Perang Bola Kampung pula...

Hmm, semakin hangat kisah perjalanan Meon dan rakan-rakannya.... Jom ! Kita ikuti sinopsis kisah MEON 2 ini....

Sempena cuti sekolah, Meon dan rakan-rakan bercadang menyertai liga bola sepak di kampung mereka. Cabarannya, mereka tidak cukup pemain dan wang bagi menyertai liga bola sepak itu. Lebih teruk lagi, kemahiran bola sepak mereka amat teruk. Bagaimana Meon dan kawan-kawannya mengatasi cabaran ini? Siapa pula yang mahu melatih pasukan mereka?

meon 2

Rabu, 26 Mei 2010

Fan Art untuk Mr Bop...


Ultra Qalif di serang !

Sebagai orang baru dalam bidang pe"komiK"an ini, Mr Bop banyak membantu aku.. Jika beliau tak mahu bantu aku lepas nie , aku akan buat sebagai mana Meon dan rakan-rakannya terhadap Ulra Qalif.. Hua hahaha!

Hang Meon Vs Hang Malas


Musuh ketat aku ialah diri aku sendiri... kerana dalam diri aku ada sifat "Hang Malas".. Apabila Hang Malas menjelma pasti aku akan tercedera... walau bagaimanapun, aku akan terus bertarung dengannya... " Woi Hang Malas Keluarlah kalau berani !" , Kata aku kepada diriku sendiri.... apa pendapat anda?

Perghdotcom Character Redesign Battle



Freddy Krueger...

Selasa, 25 Mei 2010

Jumaat, 21 Mei 2010

ain.ya.nun.alif' site: MEON - Perang Terung Manggor #1

ain.ya.nun.alif' site: MEON - Perang Terung Manggor #1

wiramega 1 (koleksi artworkku)







suatu hari nanti aku ingin menghasilkan komik yang bercirikan superhero seperti berikut... istimewa buat pembaca yang sukakan komik aksi... insyaallah...

Isnin, 17 Mei 2010

jangan tiru aksi ini....

Sesi Bersama Pelukis Komik - M Di Angsana ,JB.

Terbitkan Catatan


Seronok dapat pergi ke Angsana Johor Baharu buat promosi. Satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan.. Pengujung kat sana mesra alam betul... Memang best!

Bengkel Melukis Kartun Teknik Jas..



selepas aku buat program kat Pusat Sumber Pamah Kulat, Raub Pahang , Darul Makmur hari tu, aku teringin nak buat "Bengkel Melukis Kartun Teknik Jas". Sasaran aku ialah belia dan beliawanis , pelajar dan kanak- kanak secara berkumpulan... hmmmm... aku rasa golongan cam nie lebih dekat dengan dunia kartun...... jadi design kat atas tu serba sedikit maklumat tentang kelas yang bakal aku adakan... hmmm apa pendapat anda?...

Ahad, 16 Mei 2010

meon t-shirt design



ini plak design t shirt yang bakal aku buat (dalam perancangan)... edisi khas Meon.. ada sesiapa berminat tak...hihihi

Khamis, 13 Mei 2010

artwork ku 2..



satu ari, aku pergi ke cc... nak scan artwork aku.. tengah dok tunggu brader tu scan artwork aku, tetiba ada orang tanya aku...

Soalan seperti berikut...

1. Wah, cantiknya... abang lukis ker?...
2. abang boleh lukis potrait tak? Karikator muka saya boleh lukis tak?
3. Abang nie kerja apa ek...
4. artis ilustrasi tu cam mana?
5. Design baju leh buat tak?
6. Dulu abang belajar kat mana melukis nie?

dan banyak lagi lah soalannya.... namun untuk menjaga hati yang bertanya , aku menjawab nyer dengan jujur dan ikhlas agar dia puas hati... dan di situ lah aku terpikir untuk buat business card ku sendiri... Bukan untuk menunjuk- nunjuk tapi untuk rezeki aku pada masa akan datang supaya aku boleh lebarkan sayap perjuangan ku... .. tak gitu saudara?.. maka artwork di atas tu merupakan business card aku ( muka depan) dan artworkdi bawah nie pula design business card (mukabelakang)... jadi sebarang pertanyaan leh la kol aku kalu sudi.. kol terus tau, jangan plak misskal2 sori.. aku tak layan.... k...


artwork ku... 1



Karektor Meon sedang berlatih main bola sepak dengan menggunakan buah kelapa tua... Insyaallah korang dapat tengok aksi-aksi cam nie kat komik Meon "perang bola sepak"...




ini, pula ...senapang kayu yang digunakan oleh Meon, Kuzi dan Din ... Gambar ni dah disiarkan diruangan Meon Ekstra bahagian belakang Komik Meon , Perang Terung Manggor...

Khamis, 25 Mac 2010

Keputusan Mewarna Karektor MEON bagi Kumpulan A ( 5- 8 tahun)



Enam peserta telah di pilih namun hanya 5 sahaja dapat saya siarkan kerana terdapat masalah teknikal... Bagi Keputusan Mewarna Karektor MEON ini , Pihak juri telah memilih Karya dari adik Nur Raihana yang berusia 8 tahun sebagai karya terbaik. Beliau juga berjaya mengalahkan para peserta yang lebih tua daripada beliau... Tahniah!

Keputusan Pertandingan mewarna kumpulan b ( 9-12 tahun)



Adik Muhd Adi Asraf Bin Zainal Abidin yang berusia 12 tahun telah terpilih selaku peserta terbaik kumpulan B. tahniah kepada beliau!

keputusan pertandingan melukis kartun kumpulan remaja dan dewasa terbaik...



Enam karya spontan terpilih daripada 42 penyertaan. Adik Mohd Ruzaini telah berjaya menarik minat para juri untuk memenangi karya terbaik... beliau berusia 17 tahun... mana kala Puan Saodah Mamang yang berusia 57 tahun juga berjaya menduduki enam karya terbaik...

Selasa, 9 Mac 2010

imaginasi 1...



p/s : kalau pelihara ikan, pastikan ikan tersebut cukup makan....

projek seni 1..



aku suka berimaginasi... jadi gambar- gambar di atas ini merupakan luahan imaginasi ku ketika bermain dengan warna air atau warna batik... part yang aku suka ialah apabila warna warna tersebut bercampur dengan sendiri tanpa dipaksa di atas kertas.. hmm hasilnya mengkagumkan... tapi bila warna -warna tu dah kering, aku dah tak tau nak buat apa... jadi aku akan tokok tambah jadi objek -objek seperti ikan, burung, ayam dan sebagainya...secara tak langsung aku melatih otakku supaya lebih kreatif . kononya macam latihan otak la... jadi beginilah cara aku berimaginasi....hihihihi.... seronok tau!

Khamis, 28 Januari 2010

menjejak harta karun



Tengahari tadi aku pergi jalan-jalan kat pasaraya yang kira top jugak la kat negara kita ni. Tujuan aku ke sana nak tinjau-tinjau satu kedai buku ni, mana lah tau kot-kot "KOMIK MEON" dah ada kat kedai buku tu... Aku parking motorsikal ku, log dengan rantai sebesor ibu jari kaki kat tayar lalu kuhidupkan lighter berjenama Yeepi! untuk menghisap rokok sepam dua ... berdebar-debar pulak hati aku ni macam tengah tunggu giliran untuk bersama tok mudim jer... maklum lah komik solo pertama ku..... hihihihi.

Ingat nak isap rokok sepam dua jer tapi habis sebatang aku sedut...lepas tu aku pon angkat punggung terus blah ke kedai buku tersebut.... aku berjalan dengan penuh semangat... kiri kanan kiri kanan kaki ku melangkah dengan teratur...tapi dalam hati sekejap dup dup dup sekejap dip dip dip tak teratur langsung... sabor sabor....

sampai kat pintu kedai tu .... tak sangka aku di sambut pulak dengan senyuman.... bukan senyuman aweks tapi senyuman pak cik bangla yang sedang bertugas sebagai jaga kat situ... aku balas senyuman itu tanda ambik hati....

mak ai! Ramainya umat manusia kat dalam kedai ni... dan banyak betul rak2 buku... apalagi aku pon teruslah melangkah mencari komik buatan ku.... cari punya cari... hampir setengah jam aku cari namun tak jumpa-jumpa.... jadi aku pon buat keputusan sendiri bahawa komik ku tak sampai lagi kat kedai ni.... lalu aku keluar dengan kekecewaan...

aku cari port untuk tenangkan perasaan... sepam dua rokok dijari aku bedal... tetiba jer tergerak hati nak kol bos aku... incik wanzu. aku ambil hp aku lalu aku dail.....


bersambung.....

Isnin, 18 Januari 2010

info meon

Ahad, 17 Januari 2010

ada cerita di sebalik ilustrasi kulit komik meon 1#


ahah! beginilah rupanya ilustrasi kulit komik meon 1# , perang terung manggor.... cantik tak?!

di kesempatan ini aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat encik Mf Ajif ( aku tak jumpa lagi dia nie) di atas hasil kerjanya mewarnai kulit komik meon 1# ini... sungguh kagum!! memang menyegarkan dan origanal resepi... terima kasih sekali lagi...

oklah... konsep kulit komik nie telah di ilhamkan oleh editor kanan komik m dan dari beliaulah aku mendapat idea untuk mengilustrasikan wajah komik meon yang terpamer di atas itu.... aku telah menggabungkan kisah meon dan kawan-kawannya dengan serba sedikit ciri2 yang terdapat kat kampung kelahiran ku iaitu Kg Pamah Kulat, Raub, Pahang... korang perasan tak ada dua biji kulat pada kulik komik ini...jadi ,baru la nampak kesinambungan kisah meon 1# yang berlatarbelakangkan pokok getah. Penduduk kg aku nie rata-rata bekerja sebagai petani... penoreh getah atau pon bekebun pisang... mungkin lepas nie aku akan jadikan pokok pisang pula sebagai latarbelakang ilustrasi komik meon seterusnya insyaallah.... rasanya itulah serba sedikit cerita disebalik ilustrasi kulit komik meon 1#...

moh! beli kat www.bookcafe.com.my