Khamis, 25 Mac 2010

Keputusan Mewarna Karektor MEON bagi Kumpulan A ( 5- 8 tahun)



Enam peserta telah di pilih namun hanya 5 sahaja dapat saya siarkan kerana terdapat masalah teknikal... Bagi Keputusan Mewarna Karektor MEON ini , Pihak juri telah memilih Karya dari adik Nur Raihana yang berusia 8 tahun sebagai karya terbaik. Beliau juga berjaya mengalahkan para peserta yang lebih tua daripada beliau... Tahniah!

Keputusan Pertandingan mewarna kumpulan b ( 9-12 tahun)



Adik Muhd Adi Asraf Bin Zainal Abidin yang berusia 12 tahun telah terpilih selaku peserta terbaik kumpulan B. tahniah kepada beliau!

keputusan pertandingan melukis kartun kumpulan remaja dan dewasa terbaik...



Enam karya spontan terpilih daripada 42 penyertaan. Adik Mohd Ruzaini telah berjaya menarik minat para juri untuk memenangi karya terbaik... beliau berusia 17 tahun... mana kala Puan Saodah Mamang yang berusia 57 tahun juga berjaya menduduki enam karya terbaik...

Selasa, 9 Mac 2010

imaginasi 1...



p/s : kalau pelihara ikan, pastikan ikan tersebut cukup makan....

projek seni 1..



aku suka berimaginasi... jadi gambar- gambar di atas ini merupakan luahan imaginasi ku ketika bermain dengan warna air atau warna batik... part yang aku suka ialah apabila warna warna tersebut bercampur dengan sendiri tanpa dipaksa di atas kertas.. hmm hasilnya mengkagumkan... tapi bila warna -warna tu dah kering, aku dah tak tau nak buat apa... jadi aku akan tokok tambah jadi objek -objek seperti ikan, burung, ayam dan sebagainya...secara tak langsung aku melatih otakku supaya lebih kreatif . kononya macam latihan otak la... jadi beginilah cara aku berimaginasi....hihihihi.... seronok tau!